Showing posts with label smoking and cigarette. Show all posts
Showing posts with label smoking and cigarette. Show all posts

Monday, January 11, 2010

Mantan Perokok Perlu Waspadai Ancaman Diabetes

(Sumber: http://www.facebook.com/l/9741d;detik.com)

Berhenti merokok sudah pasti membuat tubuh lebih sehat. Tapi banyak mantan perokok menggantikan kegiatan merokoknya dengan makan. Pakar mengingatkan perlunya menata makan bagi mantan perokok agar tidak terkena diabetes.

Peneliti menemukan perokok akan mengalami pertambahan berat badan setelah berhenti merokok. Karena sudah tidak merokok lagi, akhirnya seseorang melampiaskannya pada makanan. Dan pertambahan berat itu berhubungan dengan diabetes.

"Namun bukan berarti seseorang harus terus merokok untuk mencegah diabetes. Ada cara yang bisa dilakukan untuk berhenti merokok tanpa harus terkena diabetes," ujar Hsin-Chieh Yeh dari Johns Hopkins University School of Medicine, Baltimore seperti dilansir Healthday, Selasa (5/1/2010).

Yeh dan rekannya melakukan studi terhadap 11.000 orang yang tidak memiliki penyakit diabetes pada awalnya. Sebanyak 380 partisipan berhenti merokok dan setelah 9 tahun studi berlangsung, 70 persen partisipan yang berhenti merokok terdeteksi menderita diabetes tipe 2 (diabetes karena perubahan gaya hidup) ketimbang partisipan yang tidak berhenti merokok.

Yeh menyarankan agar seorang perokok yang memutuskan berhenti merokok untuk lebih sering memeriksakan gula darahnya ke dokter mendeteksi kemungkinan penyakit diabetes lebih awal.

"Tapi tentu saja lebih baik tidak merokok dari awal. Tapi untuk orang yang baru mulai merokok, berhentilah sekarang juga," kata Dr Richard Bergenstal, dari the International Diabetes Center, Minneapolis.

Pesan yang ingin disampaikan dari studi yang dimuat di Annals of Internal Medicine ini adalah berhenti merokok itu baik karena membuat paru-paru dan orang sekitar lebih sehat. Tapi ketika seseorang berhenti merokok, ia butuh ekstra kerja keras untuk melawan risiko bertambahnya berat badan seperti olahraga rutin dan perbanyak melakukan aktivitas fisik.

"Jika terpaksa harus pakai obat juga tidak apa-apa. Berhenti merokok seharusnya bisa meningkatkan kesehatan, tapi jika malah meningkatkan risiko penyakit lagi, akan banyak orang yang lebih memilih terus merokok daripada berhenti," kata Bergenstal.(fah/ir)

Monday, January 04, 2010

Petua Mengatasi Ketagihan Merokok

Melengah
Lengahkan tindak-balas ke atas keinginan merokok. seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Seandainya rokok ada ditangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok.

Menarik nafas panjang
Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

Minum air
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

Membuat sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

Mengunyah sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gum, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.

Mandi atau basuh tangan
Kalau berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

Melakukan senaman regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

Memohon doa
Mohonlah doa agar tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok berjaya.

e-Rokok...betul ke ni?


PETALING JAYA: Kita ada e-kerajaan, e-kasih, e-pembayaran dan banyak lagi. Kini, senarai itu turut diisi oleh e-rokok, satu cara elektronik untuk menghentikan tabiat merokok.
Alat itu kelihatan dan rasa seperti rokok. Asap yang dihembus keluar juga kelihatan seperti asap yang sebenar. Tetapi itu sahaja persamaan di antara rokok sebenar dan e-rokok.
E-rokok tidak berbau dan tidak berasap serta tidak akan membunyikan alat pengesan asap.
Ia juga dilengkapi alat pengecas, bateri,katrij dan pemipit. Bahagian kartrij, bateri dan gabus dipasang sekali agar e-rokok kelihatan seperti sebatang rokok biasa.
Sementara itu, apabila pengguna menyedut dengan menggunakan e-rokok, aliran udara dikesan dengan bantuan sensor. S
Sebuah mikropemproses kemudiannya akan mengaktifkan gabus yang menukar kandungan nikotin kepada kepulan gas berwap. Kabus wap ini disedut oleh pengguna tersebut.

Salah seorang pengguna e-rokok, Raja Faisal Raja Hishan Shah berkata, selain menjimatkan kos, alat tersebut juga dapat menghindarkan perokok dari terus merokok.
“Pengguna e-rokok dapat menjimatkan kos RM70 hingga RM75 tanpa membeli rokok biasa. Ia jauh lebih murah dan selamat kalau dibandingkan dengan rokok biasa,” tambahnya.
Walaubagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tidak ada kajian dilakukan untuk menguji keberkesanan e-rokok yang dikatakan dapat menggalakkan perokok-perokok menghentikan tabiat atau mengawal tabiat mereka.
“Mungkin ini adalah salah satu cara untuk menhentikan tabiat merokok. Saya berharap ia dapat menghilangkan ketagihan mereka.
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesahkan keadah ini kerana kekurangan data tetapi apa yang penting adalah isu amalan merokok akan membahayakan kesihatan,” tambahnya.
Menurut Liow, nikotin masih akan membahayakan kesihatan.
“Walaupun e-rokok tidak mengandungi 4,000 lagi bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam rokok biasa,” ujarnya.
Katanya, e-rokok perlu didaftarkan di bahagian farmaseutikal di kementeriannya kerana mengandungi nikotin.
Sementara itu, Presiden Pesatuan Perubatan Malaysia, Dr. David Quek pula berkata e-rokok merupakan satu ‘gimik industri.’
- dipetik dari Mstar online