SETIAP kali seorang wanita hendak membeli sepasang kasut, tidak menghairankan jika beliau akan mencuba berpasang-pasang kasut sebelum memilih sepasang yang berkenan di hatinya.
Ini kerana selain fesyen dan warna kasut menjadi pertimbangan, keselesaan kasut itu juga selalu diambil kira.
Namun, ada satu lagi perkara yang perlu diperhatikan wanita semasa membeli kasut iaitu kebaikan kasut itu dari segi kesihatan untuk kakinya.
Sebagai anggota badan utama yang menanggung seluruh berat badan ketika berjalan, kaki perlu sentiasa dalam keadaan sihat dan kerana itu kasut yang dipadankan dengan kaki hendaklah yang benar-benar selesa dan baik untuk kaki dan seluruh tubuh.